Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Gosip Mossip Mak Jemah #GMMJ

Giliran Nora Danish Cuba Nasib Untuk Jadi Penyanyi

Selepas Fazura, kini giliran Nora Danish pula mencuba untuk menjadi penyanyi.

Oleh: Aimi Nordin 

Selepas pelakon Fazura melancarkan beberapa single termasuk berkolaborasi dengan Estranged, kini Nora Danish pula bersama Waris melalui lagu 'Ini Lagi Boom'. Lagu ini dicipta oleh DJ Fuzz dengan genre Hip Hop Reggae. 

Menariknya lagu ini adalah, Waris akan menyanyi dan bukannya rap seperti kebanyakkan lagunya sebelum ini. 

"Industri muzik sentiasa perlu tampil dengan idea-idea segar dan menggalakkan kerjasama diantara artis walaupun berbeza syarikat rakaman. 

"Ini biasa dilakukan di negara- negara Barat dan kolaborasi secara perkongsian diantara syarikat rakaman tempatan memang wajar dibudayakan di Malaysia untuk memberi variasi kepada peminat industri muzik tempatan.

“Kami berharap kolaborasi-kolaborasi seperti ini dapat memeriahkan lagi industri muzik Malaysia yang kini makin progresif," menurut Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Dato’ Norman Abdul Halim

 

 

SUMBER

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm

 

 

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}