Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Gosip Mossip Mak Jemah #GMMJ

Mia Ahmad dan Izham Tarmizi Batal Majlis Perkahwinan di Kuala Lumpur

Selepas bernikah selama 3 bulan kini, Mia Ahmad batalkan majlis di Kuala Lumpur

Sumber: Berita Harian 

Pelakon Mia Ahmad yang berkahwin dengan penjaga gol JDT, Mohd Izham Tarmizi Roslan terpaksa membatalkan majlis perkahwinan mereka di Kuala Lumpur kerana keadaan jadual suaminya yang terlalu padat. Majlis tersebut sepatutnya diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada 22 Mac yang lalu. 

Mia Ahmad melalui laman Instagramnya memohon maaf di atas perkara tersebut. 

 "Memang sejak awal lagi, majlis berkenaan sudah dirancang untuk diadakan di Kuala Lumpur. Namun, berikutan jadual suami yang terlalu padat, hasrat itu terpaksa dibatalkan.

"Jujur saya katakan, jadualnya memang tersangat padat. Kami memang tidak boleh nak selitkan apa-apa lagi. Akhirnya, kami terpaksa mempertimbangkan juga perkara itu walaupun tentunya saya rasa sedih kerana ada teman rapat di ibu kota, termasuk rakan media, kru produksi dan pengarah, yang tidak sempat datang ke majlis kahwin saya sebelum ini.

"Saya harap mereka dapat memahami kesulitan ini," katanya memohon pengertian. Menurut Mia, 29, walaupun serba salah, beliau harus membuat keputusan sedemikian kerana enggan membebani sesiapa, terutama suami.

"Saya pun sudah berkahwin selama tiga bulan. Kalau hendak diadakan juga majlis yang tertunda ini, rasanya macam sudah basi," katanya lagi.

 


*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm

 

 

 

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}