
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Bharian
Walaupun drama Suri Hati Mr Pilot sudah habis namun pelakon utama Neelofa dan Fattah Amin masih lagi keluar bersama. Mereka juga dilihat saling menulis komen apabila masing-masing memuat naik gambar di Instagram.
"Saya masih lagi berhubungan dengan Lofa dan kami rapat. Saya akui, kami juga keluar bersama-sama," katanya ketika ditemui BH Online
Ramai yang mendoakan dan menginginkan agar mereka benar-benar bercinta dan bukan hanya sekadar lakonan dalam drama sahaja. Ketika diminta untuk mengulas tentang kegembiraan peminat, Fattah hanya mampu tersenyum malu.
Apa pun tak salah jika mereka bercinta kerana dua-duanya masih single kan?
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm