Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Gosip Mossip Mak Jemah #GMMJ

Bestnya Kalau Hari-Hari Digomol Selebriti Popular

Mereka inilah ‘bff’, teman kala bahagia dan berduka beberapa artis Malaysia

Tulisan Nurul Izza Mohd Yatim

Jangan ingat selebriti yang nampak ganas dan sempoi tu berhati kering ya. Diorang ni dalamannya seorang penyayang. Ramai artis tempatan memelihara haiwan sebagai peneman dan penghibur waktu sukar. Haiwan kesayangan selebriti ni bukan sahaja comel, tetapi manja dan popularitinya setanding pemilik. Mari kita lihat gelagat mereka yang dikongsi bersama peminat di akaun Instagram masing-masing.

Adibah Noor

Adibah Noor ni memang pencinta kucing. Di rumahnya sahaja ada lebih 40 ekor kucing pelbagai warna dan saiz. Ada macam-macam nama seperti Piya, Along, Owen, Marco, Amy, Sara dan Awang. Banyak betul kucing Adibah Noor ni, penuh dapur! 

Kredit: Instagram @adibah_noor

Kredit: Instagram @adibah_noor

Kredit: Instagram @adibah_noor

Dato’ Aliff Shukri

Bukan calang-calang kucing tau! Harganya saja boleh beli sebiji kereta. Kucing ‘rare’ ni bernama Dody, dibeli Dato’ Aliff dengan harga RM30,000. Korang yang nak tengok aksi lucu berani-berani takut Dato Aliff dengan kucing dari baka African Serval Cat yang memang lawak ni bolehlah follow Instagramnya @aliffsyukriterlajaklaris atau @kucing_ajaib.

Kredit: Instagram @kucing_ajaib

Kredit: Instagram @kucing_ajaib

Nabila Huda

Artis yang tercalon sebagai Bintang Filem MeleTOP ni bukan je rajin ke dapur tapi cukup penyayang dengan kucing-kucing gebu miliknya. Selain aktiviti harian, gelagat anak daranya Kisha, tiga ekor kucing peliharaannya Aoki, Kisu dan Moshi, selalu dikongsi Abil di laman Instagramnya @kupu_kupu.

  

Kredit: Instagram @kupu_kupu

Kredit: Instagram @kupu_kupu

Kredit: Instagram @kupu_kupu

Raja Ilya

Punyalah sayang Raja Ilya ni dengan kucing sampai sanggup mengeluarkan ribuan ringgit menghantar jasad kucing kesayangan ke pusat pengurusan mayat. Minat terhadap kucing ni dikongsi dengan seluruh ahli keluarga. Raja Ilya sendiri pernah dimasukkan ke ICU tahun lalu akibat kesan sampingan vaksin yang diambil selepas digigit kucing. Tu semua tak cukup untuk kurangkan sayang Raja Ilya (Instagram @rajailya) terhadap kucing. 

 

Kredit: Instagram @rajailya

 

Kredit: Instagram @rajailya

Hanis Zalikha & Hairul Azreen

Populariti pasangan selebriti ni memang tidak dapat disangkal. Tempiasnya bukan sahaja pada anak lelaki diorang, Yusuf Iskandar tapi Bujibu Chempel, kucing kesayangan baka British Short Hair berasal dari Ukraine, Rusia ni ada lebih 738 ribu followers di Instagram.  

Kredit: Instagram @bujibuchempel

Kredit: Instagram @bujibuchempel

Kredit: Instagram @bujibuchempel

Yana Samsudin

Antara banyak-banyak kucing peliharaannya, Yana paling suka dengan Panda yang dengarnya tidur dalam keadaan mata terbuka. Aksi lincah Panda ni boleh korang tengok di Instagramnya @pandarudin yang tak kurang hebat dengan lebih 23 ribu followers.  

 

Kredit: Instagram @pandarudin

Kredit: Instagram @pandarudin

Zara Zya

Mohawk, Jacob, Ashley, Marilynzz, Lipstick dan paling terkenal Beshetik antara sebahagian daripada nama kucing milik pelakon drama terkenal ni. Zara Zya pun tak ketinggalan berkongsi tentang kucing parsinya yang gebu dan manja di Instagram @Beshetik. 

Kredit: Instagram @zarazya

Kredit: Instagram @zarazya

Saharul Ridzwan

Pelakon kacak dan popular ini lebih beberapa kali berkongsi tentang kucingnya di Instagram @saharulridzwan. Tyra, Tiger dan Trex, tiga ekor kucing ni cukup menarik hati. 

Kredit: Instagram @saharulridzwan

  

Kredit: Instagram @saharulridzwan

Korang yang tak puas nak tengok aksi Saharul Ridzwan bolehlah nantikan lakonannya dengan Janna Nick di saluran 480 Astro First eksklusif mulai 27 April ini. Pasangan paling serasi ni dipertemukan sekali lagi dalam filem TV berjudul Bo Bajet, mengisahkan tiga pelajar jurusan perfileman yang berhadapan pelbagai peristiwa mistik dan sukar dijangka ketika menghasilkan sebuah filem untuk tugasan mereka.

  

Kredit: Astro

Kredit: Astro

Kredit: Astro

Iqram Dinzly

Iqram Dinzly memang pencinta haiwan. Langsung tak kekok beraksi dengan ayam, guinea pig, kucing dan kera. Haiwan kesayangan Iqram Dinzly ni pelik sikit, tak sama macam artis lain, seekor anak kera yang comel dan cerdik untuk hilangkan sunyi. Manja betul anak kera yang diberi nama Ahmad Adam Dinzly Aiman ni dengan papa Iqram ya. 

Kredit: Instagram @iqramdinzlyg

Kredit: Instagram @iqramdinzlyg

Dafi

Lain pula dengan penyanyi yang baru keluar dengan lagu baru berjudul “Girl” ni. Selain membela seekor mamoset yang diberi nama Iggy, Dafi pernah membela seekor ular yang dinamakan Scofield selama 8 tahun. Haiwan kesayangan Dafi ni baru 4 bulan pergi meninggalkan dia. 

Kredit: Instagram @dafiismailsabri

Kredit: Instagram @dafiismailsabri

Kredit: Instagram @dafiismailsabri

Tak kisahlah haiwan apa yang korang bela, paling penting kena pastikan keselesaannya berada di tahap terbaik. Jangan dicatu makanan, pastikan tempat tinggalnya bersih dan paling penting bawa haiwan kesayangan korang ke klinik haiwan untuk pemeriksaan kalau ada tanda-tanda yang kurang baik padanya. 


*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm

 

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}