
Oleh: Aimi Nordin Sumber: HMetro
Semua sedia maklum di Korea semua lelaki wajib menjalani latihan tentera. Latihan tentera tu bukannya setakat dua tiga bulan macam PLKN tetapi 2 tahun. Jadi, mungkin ramai artis Korea yang cari alasan untuk tak menjalani latihan tersebut. Apa taknya, kalau kerjaya seni sedang berada di puncak, hilang 2 tahun pasti peminat mula melupainya.
Begitu juga yang terjadi kepada salah seorang selebriti Running Man, Kim Joong Kook (KJK) apabila dikatakan sengaja mencari alasan untuk tak menyertai latihan tentera tersebut. Baru-baru ini KJK ada memuat naik gambarnya dari belakang semasa sesi 'work out'. Ada peminat yang memuji dan tak kurang netizen yang menyindir dirinya mengenai isu latihan tentera.
Bagaimanapun selepas itu, dia ada memuat naik satu X-ray dan menjelaskan dirinya ada masalah kesihatan yang dipanggil Skoliosis.
“Saya beritahu mereka, saya terpaksa buat sesuatu untuk menyokong lengkuk pada tulang belakang saya,” katanya.
“Mereka ambil sikap tidak mahu percaya. Tolonglah! Buatlah apa yang kamu mahu lakukan. Tiada yang mustahil jika kamu lakukan yang terbaik walaupun ada kelemahan,” katanya yang memuat naik gambar tersebut untuk menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.
Dalam beberapa temuramah, KJK berulang kali menjelaskan masalah kesihatan dialami dan karakternya dalam Running Man tidak bermakna dia sebenarnya kuat.
“Sama ada badan saya sakit atau tidak, mungkin saya patut berkhidmat sebagai tentera sepenuh masa,” katanya dalam satu temuramah bersama SBS.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm