Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Gosip Mossip Mak Jemah #GMMJ

5 Selebriti Holywood Ni Sebenarnya Orang Kelainan Upaya (OKU)

OKU tak semestinya cacat ye. Tapi mereka berbeza dan istimewa berbanding kita.

Sumber: Cosmopolitan 

Orang Kelainan Upaya (OKU) ni memang istimewa. OKU ni tak semestinya melibatkan kecacatan tubuh badan ye. Banyak perkara yang boleh dikategorikan sebagai OKU termasuk lah masalah pembelajaran, masalah dari segi mental dan sebenarnya. 

Dan tak ada istilah nak jadi artis mesti cantik dan handsome saja. 5 selebriti Holywood ni sebenarnya OKU tapi tetap berjaya. 

Daniel Radcliffe

Pelakon watak Harry Potter ni sebenarnya ada Dyspraxia. Dyspraxia ni keadaan di mana pesakit mengalami masalah lemah otot dan IQ rendah. Daniel masih berada di tahap sederhana. Kadang-kadang dia akan terjatuh semasa berdiri atau tak mampu imbangi badan semasa ikat tali kasut. 

David Beckham

David Beckham ada OCD yang agak teruk. Dia tak boleh nampak barang yang tak tersusun sampaikan kalau menginap di mana-mana hotel, dia akan susun semula barangan di dalam bilik hotel termasuklah makanan ringan dalam peti ais. 

Justin Timberlake

Sama juga seperti Beckham, Justin juga ada Obessive Compulsive Disorder (OCD) dan Attention Deficit Disorder (AFD). Penyakit ni terlalu teruk buatnya hingga dia kelihatan seperti orang sakit mental.

Keira Knightly

Bintang cantik ni menghidap Dyslexia sejak umurnya 6 tahun. Menjadi pelakon semestinya memerlukan Keira pandai membaca. Dia berusaha keras untuk mengatasi penyakit tersebut hingga mampu jadi pelajar terbaik di kelasnya. 

Orlando Bloom

Sama seperti Keira, Orlando lebih kepada pendidikan seni kerana kesukarannya untuk menulis dan membaca. Jadi, dia perlu menghafal segalanya. 

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm

 

 

 

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}