Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Gosip Mossip Mak Jemah #GMMJ

Pemain Gitar Bittersweet Parah Dalam Kemalangan Jalan Raya, Kini Di ICU

Semoga Herri kembali sihat dan pulih daripada kecederaan ini

Herri yang merupakan pemain gitar utama kumpulan rock indie, Bittersweet, parah selepas terbabit dalam kemalangan jalanraya di KM 51, PLUS, berhampiran susur keluar Plaza Tol Alor Setar Utara, pagi kelmarin.

Mendapat rawatan di ICU Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Hazairi Abdul Hamid, 35, lebih dikenali sebagai Herri dipercayai hilang kawalan ketika menunggang motorsikal berkuasa tinggi dalam perjalanan menghala ke Kuala Perlis.

 

Rakan artis yang lain seperti Noh dan Fynn Jamal turut mendoakan agar Herri kembali pulih dan sihat seperti sediakala.

 

lihat balek video ni aku fikir aku tak nak sedih tapi semangat balek fikir herri ni seorang yg kuat. balek dari cherating 2 hours ride to KL pastu another 2 hours ride to Ipoh pastu sambung match bola sepak lepas tu post dalam group gamba medal. ni bukan biasa2 punya kawan. i refuse to let myself kalah dalam berduka kerna kita still ada weapon iaitu DOA, mintak kat Allah that nothing gonna happen to Herri. and aku yakin dia akan get thru semua ni, cuma nampak senang aku cakap, tapi family tercinta Herri yg melalui saat berduka ni. aku benar2 harap Dolly and the rest of his family tabah mengharungi cobaan Allah ni. sekali saya mohon kawan2 doakan kesejahteraan Herri agar pulih seperti sediakala lekas!

A post shared by Mohammad Noh Bin Salleh (@mohammadnohbinsalleh) on

 

 

salam, semuanya. . sahabat kami suami-isteri ini namanya @herrihamid. some of you might know him as the leading guitarman untuk band bittersweet. . beliau terlibat dalam kemalangan dan sedang berada dalam keadaan koma. he is a really, really kind person-- a great husband and a greater father to his daughter. . minta seminit untuk sama mendoakan beliau. i cant think of anything but الله sebagai penyelamat. dan aku yakin dgn janji الله untuk memberi kemakbulan kepada doa2 ikhlas sesama manusia. . al-faatihah untuk kesembuhan kau, ri. untuk orang rumahnya berserta anak dan ahli keluarga termasuk sahabat2 rapat; semoga kuat semangat. just remember this is now atas ihsan الله jua-- maka kepada الله lah kita meminta.

A post shared by فصبر جميل (@fynnjamal) on

Kami di ERA mendoakan agar Herri kembali pulih daripada kemalangan ini. 

 

Sumber : Harian Metro

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}