Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Gosip Mossip Mak Jemah #GMMJ

Elfira Loy Mahu Lelaki Yang Serius Dengannya Masuk Meminang Terus

Elfira sudah bersedia untuk ke fasa seterusnya dalam hidup.

Sumber: MStar

Usia menginjak 23 tahun, Nurul Elfira Loy atau Elfira Loy sudah bersedia untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki, namun masih belum yang sesuai. 

"Saya sentiasa bersedia untuk ke fasa seterusnya dalam kehidupan tetapi sehingga kini belum ada lelaki yang sesuai dan benar-benar serius untuk ke arah itu.

"Pada saya kalau lelaki itu betul-betul serius inginkan saya, mereka boleh terus masuk meminang kerana saya bukan seorang yang suka bercinta-cinta," ujarnya kepada mStar Online.

Elfira kini lebih aktif menjadi seorang usahawan dan baginya kehidupannya sekarang lebih bebas kerana dia dapat menjadi seperti orang biasa. 

"Ramai orang cakap saya terlalu kerja kuat untuk kejar duit hingga tidak mahu bercinta. Tapi cinta tidak akan datang pun kalau saya duduk sahaja di rumah, lebih baik saya bekerja," ujarnya.

"Saya temui satu kehidupan baru yang lebih baik. Saya boleh melalui hari-hari saya seperti orang lain kerana kehidupan kecil saya seawal usia 12 tahun saya sudah bekerja sebagai pelakon.

"Bila saya berehat untuk belajar dan kemudian memulakan bisnes, saya rasa seronok. Berlakon bukan kerjaya saya tapi ia adalah minat semata-mata," ujarnya.

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm

 

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}