
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Mstar
Siapa yang mengikuti drama bersiri Abang Bomba I Love You yang ditayangkan di Astro Ria pasti tahu siapakah pelakon dan babak yang dilakonkan.
Baru-baru ini timbul komen dan cerita kurang enak yang Amira Othman membiarkan dirinya didukung oleh Hisyam Hamid dalam satu babak drama tersebut. Bagaimanapun, Amira menjelaskan yang didukung tersebut bukan dirinya sebaliknya pelakon tambahan.

"Ramai bertanya tentang babak dukung itu, wanita yang kena dukung itu bukan saya tetapi orang lain, jangan risau kerana saya akan jaga batas-batas dalam lakonan.
"Insya-Allah, saya bawa imej wanita bertudung dan saya tahu sejauh mana batas-batas yang perlu dijaga," kata Amira yang masih lagi tahu dan menjaga batas pergaulannya.
Walaupun masih mentah dalam bidang lakonan, Amira tetap mengambil ini sebagai cabaran buat dirinya. Single terbarunya Jaga-jaga juga menjadi lagu tema untuk drama ini.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm