
Oleh: Aimi Nordin Sumber: CBC
Tahniah buat pasangan popular Bollywood, Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor yang selamat menimang cahaya mata lelaki. Anak lelaki pasangan tersebut yang diberi nama, Taimur Ali Khan dilahirkan di salah sebuah hospital di Mumbai.
"Kami ingin berterima kasih kepada pihak media kerana sentiasa memahami dan memberikan semangat sepanjang 9 bulan ini dan tentu sekali buat peminat yang mendoakan kami."
Taimur Ali Khan merupakan anak pertama buat Kareena dan anak ketiga buat Saif selepas mempunyai dua orang anak bersama bekas isterinya, Amrita Sigh iaitu Ibrahim dan Sara.

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm