Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Gosip Mossip Mak Jemah #GMMJ

"Sejujurnya saya memang menyayangi Ruhainies" - Azrel Ismail

Azrel mengakui yang dirinya ada meluahkan rasa sayang terhadap Ruhainies.

Sumber: mStar

Ramai yang sudah menyedari akan hubungan rapat Azrel Ismail dan juga Ruhainies. Tapi sejauh mana hubungan mereka tu masih ramai tertanya-tanya. Azrel mengakui dia pernah meluahkan perasaan kepada Ruhainies. Bagaimanapun, ianya hanyalah luahan sebagai sahabat baik. 

"Sejujurnya saya memang menyayangi Ruhainies tapi kalau orang kata sayang kerana kami bercinta, itu salah sama sekali.

"Ungkapan tersebut hanyalah sebagai tanda sayang saya kepada seorang sahabat, sama seperti saya menyayangi teman-teman yang lain.

"Bagaimanapun, tentang soal jodoh dengan Ruhainies, saya tak fikir lagi sampai ke tahap itu. Kalau sudah tertulis ada jodoh antara kami, adalah," menurut mStar online. 

Mungkin terlalu kerap muncul bersama di mana-mana majlis membuatkan orang ingat mereka berdua bercinta. 

"Bila selalu muncul berdua orang ingat kami bercinta walaupun sebenarnya kami hanya berkawan rapat.

"Kalau orang luar fikir begitu, terpulanglah, apa yang boleh saya kata hubungan kami sekadar teman rapat dan tak lebih daripada itu. Saya pun belum terfikir lagi soal kahwin dan mahu fokus dengan kerjaya terlebih dulu," ujarnya.
 

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm

 

 

 

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}