Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Gosip Mossip Mak Jemah #GMMJ

Sering Dikaitkan Bersama, Ayda Jebat Tak Kisah Jodoh Dengan Redza Rosli

Selepas seirng dikaitkan bersama Radin, kini Ayda Jebat rapat dengan Redza Rosli

Sumber: mStar

Sering kali dikaitkan bersama dan kerap kali memuat naik gambar bersama, Ayda Jebat akhirnya mengaku yang dia tidak menolak sekiranya jodohnya bersama Redza Rosli. 

Bagaimanapun, Ayda tidaklah meletak sebarang tempoh tertentu dan menyerah segalanya kepada takdir. 

“Kalau rasa saya sesuai dengan Redza, aminkan sahaja lagipun ia perkara yang baik.

“Namun buat masa ini saya dan Redza adalah kawan baik dan saya sendiri tak meletakkan sasaran tertentu mengenai sampai bila kami harus berkawan… tak ada tarikh luput,” jelasnya kepada mStar online. 

Segalanya yang dilakukan Ayda atau dengan siapa dia bersama, peminatnya sentiasa mendoakan yang terbaik buatnya. 

“Peminat ada pelbagai harapan, saya tak boleh jaga perasaan semua orang kerana saya perlu jaga perasaan sendiri dan keluarga saya,” katanya.

“Redza adalah seorang lelaki yang sangat pemalu malah ketika di set pengambaran dia lebih selesa buat hal sendiri.

“Jadi pada awalnya sudah bagi saya untuk buat dia lebih terbuka namun lama kelamaan saya berjaya juga.

"Saya banyak ajar dan beri nasihat supaya bergaul dengan kru dan orang sekeliling,” katanya yang menganggap sikap malu yang ada pada Redza buatkan dirinya istimewa. 

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm

 

 

 

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}