
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Mstar
Sudah hampir ke penghujung tahun 2016, lagu berhantu Hidup Dalam Mati nyanyian dan ciptaan naib juara Akademi Fantasia (2015), Syamel dikatakan hasil ciplak karya Ayai Ilusi? Menurut lagu tersebut dicipta untuk Idris peserta Kilauan Emas 3.
"Saya sedar perkara itu selepas konsert akhir Akademi Fantasia 2015 apabila diberitahu oleh Idris sendiri, lagu nyanyian Syamel Hidup Dalam Mati mempunyai melodi yang sama dengan lagu ciptaan saya cuma ditukar lirik dan dimodenkan.
"Apa yang saya kesal mengapa tiada seorang daripada pihak Syamel yang memaklumkan kepada saya tentang perkara itu sejak sekian lama malah Syamel sendiri tanpa segan silu mengaku ia adalah karya ciptaannya sendiri.
"Selama ini saya hanya berdiam kerana saya mahu lihat sejauh manakah pihak-pihak terlibat hendak mengaku ia karya mereka. Bagaimanapun ada pihak menasihati saya agar menuntut keadilan kerana ia melibatkan hak cipta," katanya.
"Lagi pun saya kasihankan Syamel, saya tidak mahu kerjaya dia musnah kerana pendedahan saya ini," katanya kepada mStar.

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm