Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Gosip Mossip Mak Jemah #GMMJ

Aiman Tino Dihadiahkan Kereta Mewah Beserta Pemandu Peribadi

Tuah badan Aiman Tino apabila dihadiahkan kereta mewah dan seorang pemandu.

Oleh: Aimi Nordin Sumber: MStar

Aiman Tino bertuah apabila dihadiahkan sebuah kereta mewah Audi R8 beserta pemandu peribadi bersempena pelancaran produk kecantikannya, Sweet Aiman. 

"Alhamdulillah saya sendiri tidak menyangka akan mendapat sebuah kereta dan pemandu peribadi.

"Saya anggap ini sebagai satu rezeki dan pemangkin semangat untuk saya berusaha lebih keras dalam mempromosikan produk saya nanti," katanya kepada mStar Online.

Kenderaan itu dihadiahkan kepadanya oleh Pengarah Urusan Wonder Glow Cosmetics (M) Sdn Bhd, Datuk Ryzal Jamaludin yang juga rakan kongsinya dalam menghasilkan produk itu.

Bagaimanapun, Aiman masih lagi belum mempunyai lesen dan akan mengambilnya dalam masa yang terdekat bagi membolehkan dia memandu kereta tersebut. 

"Siapa tak gembira dapat kereta seperti itu tetapi malangnya saya masih belum ada lesen memandu dan akan cuba mendapatkanya jika ada masa terluang.

"Dapatlah nanti saya memandu sendiri kereta itu tanpa perlu menggunakan khidmat pemandu peribadi," jelasnya.


*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm

 

 

 

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}