
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Hmetro
Sedang memasuki usia kandungan 5 bulan, penyanyi Adira mengakui suaminya Datuk Seri Adnan Abu tetap berlaku adik kepadanya. Adira juga menegaskan mengandung bukanlah alasan untuk dirinya mendapatkan layanan yang istimewa.
“Saya sangat memahami situasi suami. Jadi, saya tak pernah menjadikan hamil sebagai satu kelebihan untuk mendapat lebih layanan atau keistimewaan lain.
“Suami bijak membahagikan masa sama seperti dahulu. Dalam erti kata lain antara saya dengan isteri pertama, tak ada yang lebih atau kurang. Pendek kata dia berlaku adil,” katanya.
Di awal kehamilan Adira lebih sukakan ketenangan selain mengalami alahan yang teruk semasa bulan pertama dan kedua.
“Alhamdulillah, dari segi emosi saya okey tetapi tak suka berada dalam keadaan yang bising. Saya juga tak suka memegang telefon dan seboleh-bolehnya saya tak nak menjawab sebarang mesej atau panggilan yang masuk.
“Jadi, kalau ada mana-mana pihak yang mengeluh dengan sikap itu, saya mohon maaf. Saya bukannya sengaja, tapi itulah yang dinamakan pembawaan budak. Namun memasuki usia tiga bulan, saya okey dan kembali seperti sedia kala,” katanya yang kini badannya naik mendadak 14 kg sejak mengandung.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm