Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Artis Terbaik ERA

Artis Terbaik ERA November 2016- Black

Hanifah bin Md Hanafiah, lebih dikenali sebagai Black, ialah seorang penyanyi Malaysia....

Hanifah bin Md Hanafiah, lebih dikenali sebagai Black, ialah seorang penyanyi Malaysia yang mengecapi kejayaan semenjak menjuarai musim ketiga rancangan realiti sebuah program tv. Pada masa itu, Black merupakan anak didik kepada Ratu Dangdut, Mas Idayu.


Black memulakan perjalanan ke arah kerjaya sebagai artis rakaman apabila menyertai uji bakat program tv  di Sri Pentas, Bandar Utama, pada 15 Mac 2009. (Dalam format Mentor, setiap peserta (protégé) dibimbing oleh seorang artis berpengalaman (mentor). Pada hari itu, Mas Idayu selaku mentor  memilih Black untuk berada di bawah bimbingannya. Setelah tiga bulan bertanding, Black berjaya menawan hati para juri dan penonton dengan dinobatkan juara keseluruhan, dan meraikannya dengan mematahkan rotan tersebut sambil menangis sebagai tanda penghargaan kepada Mas atas didikan dan bimbingannya sepanjang pertandingan.


"Aku Rindu Sayang Kamu" merupakan single pertama Black dalam kerjaya nyanyiannya. Tidak cukup dengan menguasai carta radio, lagu ini turut dilayakkan ke Anugerah Juara Lagu ke-24 yang dilangsungkan pada Januari 2010, di mana Black merangkul anugerah Vokal Terbaik kerana membawa lagu ini dengan cukup memuaskan para juri.


Penangan vokalnya juga menimbulkan desas-desus bahawa Black berpotensi menjadi pengganti kepada Lan yang meninggalkan kumpulan Meet Uncle Hussain Julai 2009. Kugiran tersebut mengundang Black untuk merakam single "Drama King" serta mengambil bahagian dalam konsert atau gig sementara mereka mencari vokalis tetap baru.


Pada tahun 2010, Black diundang pula oleh Ratu Pop Etnik tersohor negara, Noraniza Idris untuk berkolaborasi menerusi lagu Kuasa Cinta yang berkonsepkan Zapin-Rock. Lagu yang digubah oleh Edrie Hashim dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya. Lagu tersebut dimuatkan dalam album Noraniza Idris sendiri pada tahun 2010 dan apabila menjadi kolaborasi antara Noraniza dan Black, Kuasa Cinta berjaya diiktiraf sebagai Lagu Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM19) serta dicalonkan sebagai Lagu Terbaik.

 

Album Studio

Obsesi (2011)

Mana Mungkin (2014)

Black (2016)

Penampilan istimewa

"Drama King" duet bersama Meet Uncle Hussain (2009)


"Kuasa Cinta" duet bersama Noraniza Idris (2010)

Sumber dari Wikipedia

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}