Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Artis Terbaik ERA

Jun 2016

Artis Terbaik ERA bulan Jun jatuh kepada, Khalifa!

Kumpulan Khalifah ditubuhkan pada tahun 2007 setelah penyanyinya Yabang dan gitaris Harry yang mencipta lagu “Kasihnya Laila”, telah mengundur diri dari kumpulan Jinbara akibat ketidaksefahaman di antara mereka, Ahli yang membentuk kumpulan Khalifah ketika itu adala Yabang (Vokalis) , Harry (Gitar utama) , Mayang (Gitar bass), Tony (Dram).


 

Penyanyinya, Yabang berkemampuan untuk berqhasidah telah membawa kemahirannya mengawal suara bagi mengalunkan lagu seperti Kasihnya Laila, Siapa Laila, Kita Kawan. Khalifah merupakan satu kumpulan yang lain dari lain dimana mereka boleh membawa pelbagai rentak lagu. Sungguhpun sudah lima tahun Yabang mengundur diri daripada Jinbara dan menubuhkan kumpulan Khalifah, masih ramai pihak yang mengaitkannya dengan kumpulan itu.


Kumpulan Khalifah tidak mengambil masa lama untuk mengembangkan genre muzik rock tidak lama selepas kumpulan itu ditubuhkan pada tahun 2006 apabila diberikan peluang merakaman album Kelahiran bersama Life Record (2007). Tiga tahun selepas itu, mereka berpeluang menerbitkan album bersama MVM & Universal dan hasilnya lahirlah album Cintaku Dewi Kamala (2009). Ini diikuti album Ni Hao Ma (2010). Melalui album ketiga ini, Khalifah cepat membuka mata audiens apabila single pertamanya dari album ini berjudul `Lagu Untuk Adinda’ telah menduduki carta radio tempatan seperti Lagu Untuk Adinda, Cikgu Ayu, Satu Hikayat Cinta dan Ni Hao Ma.




Setelah agak lama menyepi, pada penghujung 2012 mereka muncul dengan single terbaru bertajuk “Cinta Dan Sayang” hasil ciptaan Mala dan Mie Rawo. Lagu “Cinta dan sayang” ini telah di terima baik oleh pendengar setia dan selalu di dengar di corong-corong radio.



Tahun 2016, Khalifa kembali dengan lagu "Hang Pi Mana", yang kini menduduki Carta ERA 40 !



Oleh itu, ERA fm ingin menganugerahkan Artis Terbaik ERA bagi bulan Jun 2016 kepada Khalifa. Tahniah!

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}