Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Artis Terbaik ERA

Artis Terbaik ERA April 2016 - KRU

Kumpulan KRU merupakan kumpulan rap yang paling diminati oleh para remaja sekitar tahun 90-an.


Ketiga-tiga adik-beradik ini mula menghasilkan muzik sendiri sejak di bangku sekolah lagi apabila salah seorang emak saudara mereka membeli keyboard mainan untuk Norman sempena hari jadinya, turut mencetus minat adik-adiknya terhadap muzik.
 
Ketika adik-beradik bin Abdul Halim menghabiskan waktu remaja mereka di London, mereka terdedah kepada pelbagai irama muzik Barat. Pada masa itu muzik Melayu dipenuhi lagu berentak jiwang dan rock balada. Mereka juga merupakan penyokong pasukan bola sepak Selangor, pernah menulis lagu rap bertajuk Viva Selangor untuk pasukan kegemaran mereka, disusuli oleh lagu Merah Kuning. Ketika itu mereka dikenali sebagai SRU – Selangor Rappers Unit.
 
Semenjak itu, Norman, Yusry dan Edry mula menulis lebih banyak lagu original. Tanpa pengetahuan mereka seorang rakan sekampus Norman menghantar demo mereka kepada syarikat rakaman EMI (Malaysia). Pengurus syarikat ketika itu, Calvin Wong, menyukainya dan memanggil adik-beradik itu untuk ujibakat. Tidak lama kemudian, pada 19 Mei 1992, lahirnya kumpulan KRU.
 
Kumpulan KRU merupakan kumpulan rap yang paling diminati oleh para remaja sekitar tahun 90-an. Mereka telah terlibat dalam pelbagai kontroversi tetapi mereka masih dapat bertapak dalam industri muzik Malaysia dengan kukuh hingga sekarang.

Tahniah kami ucapkan kepada KRU kerana terpilih menjadi Artis Terbaik ERA bagi bulan April 2016!


*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
 

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}