Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

era solo
era solo

 

UNIVERSITI DENGAN PENDIDIKAN DUNIA SEBENAR. MEMACU GRADUAN BAGI MEMENUHI KEPERLUAN DUNIA SEBENAR.

Memperkenalkan sebuah universiti yang menggabungkan ilmu pengetahuan dan pembelajaran berasakan pengalaman pembelajaran yang menjangkaui pengajaran dalam kelas semata-mata. Pendekatan pembelajaran yang diambil KDU lebih menjurus kepada perspektif dunia sebenar. Para pelajar digalakkan terlibat dengan projek-projek sebenar yang bukan sahaja memfokuskan kepada pembelajaran secara amali, malah membentuk kemahiran kepimpinan dan interpersonal, bagi memastikan mereka mampu bersaing dalam dunia pekerjaan sebenar yang serba mencabar dan bergelar graduan yang berfikir, bertindak serta berinovasi.

Sebagai perintis dalam pendidikan tinggi swasta di Malaysia dengan pengalaman serta warisan yang melebihi 30 tahun, KDU telah melahirkan lebih 45,000 alumni yang berjaya dalam bidang masing-masing sejak penubuhnanya. Sesetengah daripada mereka kini mengetuai bidang korporat, bergelar usahawan dan selebriti terkenal dunia.

KDU mempunyai dua kampus di Selangor iaitu KDU University College di Utropolis Glenmarie dan KDU College di Damansara Jaya yang merupakan sebahagian daripada Paramount Education. Kampus seluas 10 ekar di Utropolis direka berdasarkan falsafah bahawa pembelajaran yang baik adalah melalui pengalaman dan boleh berlaku di mana-mana sahaja. Untuk itu, kampus Ultropolis dilengkapi dengan ruang kolaborasi dan kiub perbincangan, dewan serta bilik kuliah berteknologi

tinggi serta perpustakaan seluas 50,000 kaki persegi yang lengkap dengan ruang perbincangan, pod pembelajaran dan liputan Wi-Fi yang komprehensif. Kemudahan pengajaran dan pembelajaran di sini juga luas merangkumi 13 dapur latihan, variasi restoran latihan, ukiran ais dan seni dapur, radio serta studio produksi penyiaran, studio fotografi dan studio perkembangan permainan video.

KDU cukup dikenali dengan kursus Perniagaan, Komunikasi, Hospitaliti dan Seni Kulinari.

era solo

PERNIAGAAN

Kursus perniagaan di KDU memandu pelajar agar lebih fokus dengan pembelajaran melalui pengalaman dan dunia sebenar bidang ini. Pelajar digalak menyemai minda keusahawan- berani, berinovasi dan mudah menyesuaikan diri dengan sebarang persekitaran. Kesemua pelajar ijazah diwajibkan menyertai modul Keusahawanan. Pelajar Perniagaan di KDU sering berada di hadapan dengan adanya usahasama dengan rakan industri seperti Digi dan The Edge sebelum mereka bergraduasi.

 

KOMUNIKASI

Kursus Komunikasi KDU direka khusus untuk memastikan pelajar tidak ketinggalan dengan perkembangan terkini industri dan memastikan mereka memahami tradisi komunikasi massa dan seni. Pelajar boleh mendalami bidang ini melalui latihan secara amali dan melatih kemahiran mereka di studio/makmal canggih yang menepati piawaian industri.

 

HOSPITALITI DAN SENI KULINARI

Di KDU, pelajar boleh merasai gabungan hospitaliti sebenar dan mata pelajaran seni kulinari yang diajar di persekitaran canggih, lengkap dengan kemudahan terkini, dengan persekitaran pekerjaan sebenar. KDU membekalkan pelajar dengan pengalaman bertaraf antarabangsa, bagi membolehkan mereka mencapai pandangan di peringkat global sama ada semasa atau selepas tamat pengajian. Dengan latihan yang intensif dan penyertaan serta kemenangan para pelajar dalam pertandingan berprestij dan diiktiraf, menjadikan program di KDU diiktiraf.

ERA Solo

  • era solo