Kumpulan rock tanah air, seperti Khalifah dan Projector Band sedang
mengungguli carta muzik tempatan! Kami di ERA akan berganding bahu dengan 5 kumpulan rock
untuk mencari seorang superstar Rock baru!

• Pendengar akan diminta untuk memilih sebuah lagu daripada senarai lagu Rock yang diberikan,
dan menghantar rakaman video nyanyian di Instagram.

• 5 band rock akan dibawa masuk sebagai 'rock guru' untuk para peserta dan mereka masing-masing
akan memilih 3 orang ahli untuk pasukan mereka daripada senarai penyertaan.

• Kumpulan dan peserta akan dibawa ke JoHaRa secara berasingan melalui cabaran penyingkiran.
Hanya seorang peserta bagi setiap kumpulan akan dipilih untuk membuat persembahan di peringkat akhir.

• Pada konsert akhir, persembahan akan diadili oleh juri professional, dan kita akan memilih seorang yang
terbaik sebagai pemenang. Lagu yang menang akan dimainkan di ERA dan dipromosikan.

• Pemenang juga akan mendapat peluang untuk menyertai Top 12 Finalis AF 2016. Pemenang akan menyertai
konsert mingguan dari minggu ke-3 musim ini.

 

1. Hyperact
2. Estranged
3. Projektor Band
4. Kristal
5. Khalifah

 

 

 

 

 

Cepat hantarkan seberapa banyak video nyanyian korang kat Instagram,
dan jangan lupa hashtag #JoharockStar! Pastikan Instagram korang tak private ya!

• Selain daripada pencarian bakat rockstar, pendengar juga berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai di ERA!

• 5 kumpulan rock akan menyanyikan lagu rock lagu hit dalam pelbagai genre seperti pop, balada dan hip hop.

• 4 kali sehari, pendengar perlu mendengar isyarat memanggil untuk mengambil bahagian dalam JoHaRock Hit!

• Penyampai ERA akan memainkan lagu hit yang telah dinyanyikan dalam genre berbeza, dan pemanggil
hanya perlu memberi jawapan yang betul untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM300!