
Filem bergenre seram daripada Indonesia berjudul The Doll ini pastinya membuatkan bulu roma penonton berdiri sepanjang filem. Meskipun jalan ceritanya sekilas mirip dengan filem Annabelle dan The Conjuring, namun pihak produksi filem The Doll ini mendakwa bahawa cerita filem ini diangkat dari sebuah kisah benar!
Sesuai dengan judulnya, filem The Doll ini menceritakan tentang kisah anak patung berhantu yang mengganggu sepasang suami istri. Ternyata boneka menyeramkan tersebut dikuasai oleh roh jahat. Filem The Doll ini menampilkan pelakon tampan Denny Sumargo dan pelakon cantik Shandy Aulia sebagai sepasang suami istri.
Filem produksi Hitmaker Studios ini diarahkan oleh Rocky Soraya, dan skrip filem ditulis oleh Riheam Junianti.
Filem The Doll :
- Pengarah : Rocky Soraya
- Produser : Rocky Soraya
- Penulis skrip: Riheam Junianti
- Pelakon : Shandy Aulia, Denny Sumargo, Sara Wijayanto, Demian Aditya, Vitta Mariana
- Genre : Horor
- Studio : Hitmaker Studios
Nak menang 2 tiket menonton filem The Doll di GSC Mid Valley pada 8 November 2016? Jawab je 2 soalan mudah berserta 1 slogan menarik kat bawah ni: