Sejumlah 80 nama dalam 16 kategori anugerah telah diumumkan sebagai calon akhir untuk edisi ke-22 Anugerah Industri Muzik (AIM), majlis anugerah terutama Malaysia yang dianjurkan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM). Senarai calon akhir tersebut menampilkan gabungan menarik nama-nama besar yang disegani dan juga pendatang baru dalam industri muzik negara dalam pelbagai genre muzik yang diterbitkan.
on
Anugerah Industri Muzik ke-22 akan disiarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, pada hari Ahad, 18 Disember 2016 serentak di Saluran Astro RIA (104) dan Astro Ria HD (123) dari pukul 9.00 malam hingga 12.00 malam.
Majlis tersebut akan didahului acara ‘Karpet Glamor AIM 22’ yang menampilkan perjalanan artis dan selebriti yang menyusuri karpet merah dari pukul 8.30 malam hingga 9.00 malam sejurus sebelum majlis penyampaian anugerah berlangsung.
Korang nak tengok secara LIVE? Haa jawab je 2 soalan mudah kat bawah ni berserta 1 slogan menarik. Jangan lupa undi Artis Pilihan Malaysia ye?
** Apple bukan penaja untuk peraduan ini.