← Back to list
BAM tidak akan rombak program latihan Datuk Lee Chong Wei.
Mar 11, 2016
BAM tidak akan rombak program latihan Datuk Lee Chong Wei walaupun selepas beliau kalah mengejut pada pusingan pertama Kejohanan badminton All England semalam.
Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen berkata perkara begini sudah banyak kali dialami pemain-pemain pilihan lain.
Beliau percaya, Chong Wei yang merupakan juara 3 kali All England akan perbaiki prestasi sebelum berlangsungnya Sukan Olimpik di Rio Ogos depan.
SI, penyandang juara, Chen Long dari China terkandas pada pusingan kedua, tewas strait set kepada rakan senegara, Xue Song.
Malaysia kini masih miliki 2 wakil pada kejohanan itu di mana gandingan Koo Kean Keat-Tan Boon Heong akan bertemu Goh V Shem-Tan Wee Kiong pada suku akhir.