Oleh Syazwan Aizad. Sumber Astro Awani.

Siapa sangka, selepas kejayaan mereka meraih pingat pada Sukan Olimpik Rio 2016 baru-baru ini membuka peluang untuk pemain beregu campuran badminton negara, Chan Peng Soon-Goh Lui Ying dan pemain beregu lelaki negara Goh V Shem untuk berlakon sebuah filem tempatan.

Atlet badminton negara ini diambil untuk berlakon sebuah filem tempatan berbahasa Cina yang bertajuk "Goodbye Mr Loser" yang akan ditayangkan pada Tahun Baru Cina tahun depan.

Menurut Astro Awani, Liu Ying berkata kerjayanya sebagai model hanyalah sampingan dan tumpuan utamanya tetap sebagai pemain badminton.

"Saya, Peng Soon dan V Shem diberi peluang untuk berlakon, kami sangat teruja. Dalam bidang lakonan untuk menghayati watak adalah susah, tetapi jadi atlet di gelanggang lebih susah lagi," katanya kepada Astro Awani.

Sementara itu V Shem berkata berlakon filem adalah lebih sukar berbanding menjadi seorang atlet kerana baginya tiga jam penggambaran filem tersebut adalah pengalaman baharu dan menarik baginya walaupun sukar untuk menghayati watak yang diberikan.
"Bagi saya lakonan susah berbanding menjadi atlet, mungkin sebab pertama kali saya mencuba. Saya belum fikir untuk menjadi pelakon sepenuh masa," katanya yang berpasangan dengan Tan Wee Kiong.
Goodbye Mr Loser mula menjalani pengambaran pada bulan September dan dibintangi oleh pelakon tempatan dan juga selebriti daripada Taiwan.


Rujukan:
1. Astro Awani
2. Star 2
3. Portal zhongwen
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm