Oleh: Aimi Nordin Sumber: The vocket
Bandar berhantu bukan sebab ada hantu tapi bandar berhantu ni selalu digunakan apabila sesebuah bandar atau tempat tu telah ditinggalkan lama tanpa ada sesiapa yang menghuni tempat tersebut.
Gambar-gambar yang dikongsi kami ini merupakan gambar jurugambar Kieron Connolly yang kini memburu tempat-tempat 'berhantu' untuk diabadikan gambar tempat tersebut.
1. Rumah Api Denmark
Dibina pada tahun 1900 dan diberhenti operasi pada 1968. Rumah api ni bakal tenggelam menjelang tahun 2023

2. KIlang gas, Wola
Kilang gas Wola ini terletak di Warsaw, Poland. Dibuka pada tahun 1888, kilang gas ini musnah ketika berlakunya perang dunia ke dua.

3. Oradour-sur-Glane, Perancis.
Seramai 642 buah keluarga ditawan pada era pemerintahan Nazi pada 10 Jun 1944

4. Kubu, London
Dahulu ini merupakan tempat perlindungan dari serangan udara ketika perang dunia ke dua. Sebanyak 8 tempat perlindungan dibina di bawah tanah, ia boleh memuatkan sehingga 8,000 orang dalam satu masa.

5. Royal Hotel, Jepun
Hotel ini mula beroperasi pada tahun 1963 dan ditutup pada tahun 2003 atas alasan tiada tetamu.

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm