
Oleh: Aimi Nordin
Dari yang kecil hinggalah sudah menjadi mak ayah orang tetapi takut nak jumpa doktor gigi. Peliklah, kenapa ramai yang takutkan doktor gigi ya? Ramai yang takut nak jumpa doktor gigi mungkin disebabkan alatan yang digunakan agak menyeramkan. Ni kami senaraikan 5 sebab kenapa korang takutkan doktor gigi.
#1. Jarum
Ramai yang ada fobia kepada jarum. Ada yang tak boleh tengok jarum langsung. Jadi mungkin ni salah satu yang buatkan orang takut jumpa doktor. Sebab takut kena inject!
#2. Sakit
Alaaa, cucuk tak sakit pun macam kena gigit semut je. Ni lah ayat yang selalu kita dengar tapi bila dah kena cucuk? Rasa nak tarik je lab coat doktor tu!

#3. Drill
Ni paling menakutkan. Rasa doktor tu macam nak gerudi je gigi sampai berlubang. Bukan setakat itu je, bunyi dia sahaja dah cukup menyeramkan.
#4. Bunyi & Bau
Masuk je klinik gigi kita akan dengar macam-macam bunyi dan bau. Paling takut bila tengah tunggu turn, nampak pesakit lain. Rasa nak balik rumah cancel appointment.
#5. Bibir dan pipi kebas
Masa mula-mula pergi klinik bibir dan pipi terus jadi kebas tak rasa apa. Nak menangis rasa masa tu sebab malu bengkak. Bila tengok cermin hmm tak ada apa pun sama je rupa. Rasa je macam bengkak.
Baik mengaku korang pun macam ni juga kan?
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm