
Oleh: Aimi Nordin
Setiap hari kita akan gunakan pen untuk menulis dan pen yang menjadi kegemaran ramai mestilah ball pen. Tapi percaya tak kalau kami katakan tak ada orang pun perasan kenapa penutup ball pen dicipta dengan ada lubang? Atau kalau perasan pun malas nak fikir apa fungsinya. Korang rasa apa fungsinya atau saja-saja je?
Sebenarnya inovasi pen ni yang dimulakan pada tahun 1991 dapat selamatkan banyak nyawa kanak-kanak. Sebab apa? Sebab kanak-kanak kan suka kutip apa sahaja yang mereka nampak dan masuk ke dalam mulut. Manakala kita yang dewasa ni suka sangat nak gigit penutup pen tu bila tengah fokus fikir sesuatu tak pun tengah nervous.
Jadi apabila jadinya kejadian seseorang tercekik penutup pen, lubang ini berfungsi untuk masih memberika oksigen kepada mangsa. Dengar macam kelakar kan? Tapi itulah kenyataannya.

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm