Oleh: Aimi Nordin Sumber: Mirror.uk

Sepucuk surat yang tiada alamat dan tiada nama. Cuma yang ada untuk ia sampai kepada orang yang dituju hanya lakaran peta yang dilukis tangan dan di mana wanita itu bekerja.
Bagaimanapun, surat tersebut masih berjaya sampai kepada Rebecca Cathrine Kaadu Ostenfeld di Búðardalur, Iceland.
"Country: Iceland. City: Búðardalur.
"Name: A horse farm with an Icelandic/Danish couple and three kids and a lot of sheep!"
"The Danish woman works in a supermarket in Búðardalur."
Rupa-rupanya surat itu datang dari seorang pelancong yang pernah tinggal di ladang tersebut cuma mereka langsung tak ingat alamat dan nama wanita tersebut. Apa pun posman tetap jalankan tugas walaupun takda alamat!

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm