Oleh: Aimi Nordin
Korang pakai sikat rambut apa? Selalunya ada dua jenis sikat rambut je yang orang selalu guna tak kisah lah rambut lurus ke kerinting ke mengerbang ke. Betul tak? Tapi korang kena tahu tau sikat rambut yang betul untuk rambut korang.
1. Paddle brush
Merangsang peredaran darah di sekeliling kulit kepala anda. Sikat ni bagus untuk rambut yang sederhana ke rambut panjang dan berguna untuk leraikan rambut anda.

2. Pin Brush
Pin yang agak tajam tu sesuai untuk rambut yang tebal dan kerinting

3. Quill Brush
Ini sesuai untuk semua jenis rambut. Sikat ni bagus untuk urut kulit kepala dan menyalurkan minyak rambut semula jadi pada rambut anda.

4. Wide Tooth Comb
Masa syampu rambut pun sesuai tau guna sikat ni supaya boleh menguraikan rambut anda dan sesuai untuk semua jenis rambut.

5. Normal Brush
Ramai orang guna sikat ni. Sesuai untuk digunakan setiap hari untuk merapikan rambut.

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm