
Oleh: Amira Sumber: HMetro
Jual mahal-mahal ni ada orang nak beli ke?
Itu soalan normal kita akan dengar apabila barang yang selalu dibeli dengan harga kurang daripada RM 20 tetapi ada dijual dengan harga RM 43, 000. Ya, itulah sikat emas yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat Slovakia yang mensasarkan golongan elit.
Syarikat itu memang terkenal kerana mencipta dan mengeluarkan barangan luar biasa dan eksklusif untuk orang ‘luar biasa’ yang menghargai barangan terbaik dan paling bermutu dalam kehidupan mereka termasuklah sikat emas berukuran berukuran 130 milimeter kali 33 milimeter itu.
Sikat tersebut di buat di Itali oleh tukang emas berpengalaman. Sarung sikat tu pula dibuat daripada kulit burung unta. Hanya 800 sikat sahaja dibuat. Bagi yang kurang mampu boleh membeli sikat perak dengan harga RM 5,200.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm