Sumber: Mynewshub Oleh : Aimi Nordin
Akibat sikap dan perbuatan manusia, kambing gunung ni yang jadi mangsa.
Seekor kambing gunung yang cuba melarikan diri kerana tidak senang aksinya dirakam pengunjung di kawasan peranginan di bandar kecil Seward mengambil tindakan untuk terjun ke dalam Lautan Pasifik.
Bagaimanapun, disebabkan hanya untuk larikan diri dari perhatian manusia, haiwan mamalia ini mati lemas akibat gagal menaiki ke kawasan berbatu di situ. Menurut Alaska Troopers, kejadian seperti itu mungkin tak akan berlaku jika pengunjung memberi ruang kepada haiwan tersebut untuk menjalani hidupnya secara normal.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm