Oleh Syazwan Aizad. Sumber MalaysianDigest
Apa tindakan korang kalau ada pengguna basikal mengayuh basikal di atas kereta kita?

Dalam kejadian pada Sabtu lalu, Izzadnaff yang merupakan peminat tegar sukan basikal lasak telah bertindak melompat dan mengayuh basikalnya di atas bumbung sebuah kereta jenis Lamborghini Gallardo yang di parkir di luar Stadium Bedok ketika dia dalam perjalanan ke pusat permainan video.

Tindakan berani itu dilakukan kerana terpengaruh dengan sebuah video dalam YouTube yang memaparkan aksi seorang penunggang basikal lasak melompat dan mengayuh di atas bumbung sebuah kereta, sebelum dia memutuskan untuk melakukan aksi yang sama.
Bagaimanapun, kejadian tersebut telah dirakam menerusi kamera yang dipasang pada kenderaan mewah itu sebelum pemilik kenderaan mewah itu, Aaron Rylan, memuat naik di laman Facebook nya, yang mana sehingga hari ini telah ditonton lebih 321 ribu pengguna Facebook.
Namun, Aaron berlembut hati dan memaafkan remaja terbabit selepas bertemu dengan keluarga remaja itu.

