
(Gambar CEN)
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Littlethings.com
Pemain tenis dunia, Rafael Nadal sanggup hentikan perlawanan semasa dia nak lakukan serve apabila dia memandang ke bahagian penonton dia melihat seorang wanita yang dalam ketakutan.
Wanita itu sedang mencari anaknya dan anaknya menangis kehilangan ibunya dalam ribuan penonton yang hadir untuk menonton perlawanan tersebut. Pemain tenis ni sanggup tunggu hingga segalanya selesai. Bila ada anak kecil, sekali pandang dia ada sebelah kita. Pandang lagi sekali tak tahu mana dia hilang kan?
Penonton bertepuk tangan selepas ibu ni berlari dapatkan anaknya dan barulah perlawanan dimulakan semula.

(Gambar CEN)
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm