Oleh Syazwan Aizad. Sumber The Coverage

Malang tak berbau buat seorang lelaki yang mahu menjalani pembedahan imlan dimuka dan bahagian lain dibadannya apabila bukan sahaja ditipu oleh pakar bedah palsu, malah pakar bedah tersebut menggunakan simen konkrit untuk pembedahan itu.
Rajee Narinesingh, 46, mahu mengubah sebahagian daripada wajahnya kepada seorang wanita, kini terpaksa bersembunyi dan tidak mahu berdepan dengan orang ramai kerana keadaan fizikalnya yang memalukan itu.

Doktor palsu yang bertanggungjawab menguruskan pembedahan itu menyuntik simen konkrit ke pipi, bibir dan beberapa bahagian lain pada badannya, hinggakan wajahnya kini umpama makhluk asing.

Kini, nasibnya baik dengan bantuan pakar bedah kosmetik, Dr. John Martin, Narinsingh melalui proses pemulihan dengan menggunakan terapi laser dan dapat mengecutkan ketulan di pipinya. Malah, menurutnya lagi, apabila wajahnya pulih, dia mahu keluar dating, dia mahu mulakan hubungan lagi.