Oleh Syazwan Aizad. Sumber WTSP
Seorang anggota polis di Amerika Syarikat ini mungkin boleh dianggap sebagai polis paling jujur selepas beliau menyaman diri sendiri kerana tidak mematuhi lampu isyarat.

Tim Glover, pegawai polis di bandar Haines, Amerika Syarikat, pada mulanya meneliti rakaman kamera keselamatan di satu persimpangan jalan raya di bandar ini pada minggu lalu untuk mencari pesalah trafik.

Dia kemudian melihat sebuah kereta peronda polis melintasi persimpangan itu ketika lampu isyarat sudah bertukar merah.
Apabila Glover membesarkan nombor pendaftaran kereta itu, dia mendapati kenderaan itu adalah miliknya.
Kerana kesalahan itu Glover dikenakan denda AS$158 (RM664) dan diberi amaran.
Bagusnya!