
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Sunnyskyz & Siakapkeli
Kalau dah lambat semestinya kita akan pecut kereta untuk cepat sampai ke destinasi. Trevor Keeney pun sama. Dah terlambat ke universiti untuk pembentangan. Tetapi saat dia pecut kereta tu lah ada polis di belakangnya dan mengejarnya.
Dah lah lambat ke pembentangan, ditahan polis dan tak tahu cara nak pakai tali leher. Nasib baik lah polis yang menahannya seorang yang baik hati dan memakaikannya tali leher.
"Saya kena ikat tie ni", kata Keenye kepada pegawai polis berkenaan.
"Saya ada pembentangan dan saya sangka rakan saya ada di rumah tapi saya silap. Sekarang saya sudah terlambat", tambahnya.
Pegawai polis tersebut meminta tali leher dan mengikatnya.
"Ketika saya ikat tie ini, apa kata kamu ambil bukti insuran dan lesen memandu dengan cepat.", kata pegawai itu.
"Ini mungkin bukan ikatan terbaik, tapi boleh la".
Keeney kemudian diberi amaran ringkas tentang kesalahannya. Bukan itu sahaja, selesai semuanya Keeney pergi ke balai polis untuk belajar mengikat tali leher selama 30 minit.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm