
Oleh: Aimi Nordin
Macam-macam kejadian dan gelagat boleh dilihat di temasya sukan Olimpik, Rio. Ada yang mengerikan, menyedihkan dan menggembirakan. Namun, salah satu kejadian yang boleh dikatakan 'sweet' apabila atlet untuk acara papan anjal China He Zi menerima lamaran daripada teman lelakinya selepas dia menerima pingat perak.
Dia terkejut apabila teman lelakinya yang juga atlet selam dari China, Xai datang membawa cincin dan melutut di hadapannya. Bersaksikan penonyon di stadium dan di seluruh dunia, He Zi mengatakan 'ya' kepada lamaran tersebut.
“Kami telah berpacaran selama 6 tahun, tetapi saya tidak menyangka bahawa dia akan melamar saya hari ini”, jelas He Zi.
“Dia telah banyak kali berjanji tetapi apa yang buat saya jatuh hati terhadap dirinya adalah kerana dia merupakan satu-satunya lelaki yang boleh saya letakkan kepercayaan untuk seumur hidup saya,” tambahnya.


*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm