
Empat orang perompak menanggung malu kerana cubaan merompak mesin atm gagal, malah mesin yang disangka sebagai mesin ATM itu hanyalah mesin mengemaskini buku bank.
Perompak yang dikenali sebagai Sahab Ali, Saiful Rahman, Mainul Haque dan Saddam Hussain memecah masuk bangunan Bank Negara India (SBI) di Binovagar ditahan polis peronda ketika cuba melarikan mesinkemaskini buku bank itu dengan kenderaan jenis Chevrolet.
Dari laporan The Assam Tribune, polis sedang menyiasat bagaimana perompak berkenaan memiliki kereta vip tersebut. Kejadian kecurian mesin ATM di kawasan luar bandar negara India sering berlaku kerana mempunyai kelemahan dalam langkah-langkah keselamatan.
Sumber dari Sinar Harian