
Oleh: Aimi Nordin
Seorang wanita, Debbie Smy sanggup memanggil penyelam skuba untuk mencari seekor terrapinnya yang hilang dalam kolamnya sedalam 4kaki. Penyelam skuba, Martin Woodward, yang telah menyelam hingga 600 kaki dalam berjaya menyelamatkan penyu betina kecil dalam masa 20 minit.
Semasa kejadian Debbie sedang memindahkan beberapa ekor penyu jenis terrapin dari kolam tamannya, ke sebuah kolam dalam rumah. Bagaimanapun dia menyedari seekor penyunya, Dilys hilang. Dia berusaha mencari sendiri tapi tak jumpa. Debbie terus mengiklankan di media sosial meminta pertolongan penyelam skuba untuk mencari Dilys.
"Secara jujurnya, selama 50 tahun saya menyelam tak pernah seorang pun yang minta saya menyelam untuk mencari terrapin hilang dalam kolam." jelas Martin.
Pencinta haiwan pasti sanggup lakukan apa sahaja demi menyelamatkan haiwan kan?




SUMBER
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm