Oleh Syazwan Aizad. Sumber Dailymail.

Berapa ramai je antara kita yang masuk dewan kuliah tapi tak pernah menguap, mengantuk atau boring? Bila dah boring time pensyarah mengajar di depan, akan ada 3 muka yang pasti kita tengok, iaitu muka pintu, muka jam dan mukasurat berapa-nak-habis-ni. Hehe
Ok itu kalau pensyarah tak perasan reaksi muka kita, takpe lagi. Tapi apa yang berlaku di sebuah universiti di China ini pasti akan membuat kita ‘segar’ setiap kali kuliah.

Seorang pensyarah di sebuah universiti di China, Wei Xiaoyong menggunakan teknologi pengesan reaksi wajah kepada pelajarnya, bertujuan mengesan sama ada pelajarnya bosan atau tidak.

Pengesan reaksi wajah, ataupun ‘face reader’ menggunakan lengkung emosi, dimana kita boleh melihat dan mengesan dengan jelas sama ada seseorang itu sedang beremosi gembira, sedih, bosan dan lain-lain lagi.
Tanda-tanda seseorang itu mulai bosan dapat dilihat melalui pergerakkan mikro. Pergerakkan mikro adalah pergerakkan secara tidak sengaja yang kita lakukan apabila kita mulai bosan. Semakin banyak pergerakkan mikro yang kita lakukan, semakin bosan lah kita.

Tambah professor itu lagi, selain digunakan untuk mengesan emosi pelajar, pensyarah ini menggunakan teknologi tersebut sebagai attendance.

Haha. Kalau dah macam ni, bila pensyarah tanya faham ke tak, memang takboleh tipu lah ceritanya. Nak suruh member sign attendance pun tak boleh.