
(Gambar:ireport.cnn)
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Wanista
Selalu cili kalau kita beli kat pasar harga setakat berapa ringgit je sekilo kan. Tapi cili yang diberi nama 'Charapita' ni memang luar biasa mahal sampai jatuh RM 140, 250 sekilogram.
Charapita adalah cili kecil berwarna kuning yang berasal dari kawasan utara Peru.
“Jika dibandingkan dengan rempah ratus lain, ia adalah sangat sangat pedas. Tidak digalakkan merasa atau memakannya secara segar. Sebaliknya ia lebih enak selepas dikeringkan dan menjadi bahan utama masakan seperti sup ayam. Kanak-kanak juga boleh memakannya,” kata petani, Priska Stekovicz.
Keunikan cili ni adalah dia memerlukan iklim yang sangat panas untuk hidup subur. Charapita ni dikatakan ibu segala cili kerana sangat pedas dan tumbuh meliar di hutan. Cili ini juga tergolong dalam rempah yang paling mahal didunia.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm