
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Shanghaiist
Pelik-pelik betul orang sekarang nak lamar teman wanita kan? Betapa nak tunjuk mereka ni sayang dan cintakan seseorang gadis tu. Tapi bila kena reject, alahai malu bukan kepalang.
Seorang pelajar universiti meluahkan perasaan pada seorang gadis yang diminatinya sekian lama dengan 999 biji limau bali. Kenapa limau bali? Kerana itu adalah buah kegemaran gadis tersebut. Malangnya, lamarannya di tolak di hadapan orang ramai. Ouch!
"Saya suka awak sejak hari pertama kita jumpa. Sekarang saya nak semua orang tahu yang saya sukakan awak. Sudi tak awak menjadi teman wanita saya?"
Dengan kebenaran dari gadis berkenaan orang ramai yang ada di situ boleh mengambil buah limau bali tersebut seberapa banyak yang mereka mahu.





*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm