Cara hidup sihat sangat penting bagi setiap orang. Cara hidup sihat sangat mudah diamalkan akan tetapi masih ramai yang ambil mudah.
Penyampai radio ERA fm Hani dan Adi dah buat macam-macam untuk amalkan cara hidup sihat. Daripada makan nasi lemak setiap pagi, Adi tukar kepada menu yang lebih sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan ikan. Macam Hani pula lebih suka minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Macam mana eh nak makan sarapan yang sihat? Haa, korang kena lah tahu jumlah kalori setiap makanan yang di ambil. Kalau dah kalori berlebihan nanti kena lah buat senaman kan?

Alaa, senaman boleh dibuat kat mana-mana pun. Tak semestinya kena pergi gym atau pun taman rekreasi. Kat pejabat pun boleh! Misalnya korang boleh lakukan regangan ringan atau pun ajak je kawan-kawan buat zumba selepas habis waktu kerja. Tapi yang paling mudah gunakan saja tangga daripada berebut naik lif.


Jangan lupa ikuti Twitter @1naksihat dan FB Page NakSihat dengan #naksihat untuk dapatkan pelbagai tip #carahidupsihat. #KatakanTIDAKpadaObesiti
