Oleh: Aimi Nordin Sumber: DokterSehat
Bagi sesetengah orang rambut sangat penting bagi penampilan diri untuk tampil lebih menarik. Rambut juga perlu dijaga rapi supaya tidak supaya tak mengalami sebarang kerosakan. Ada beberapa mitos yang selama ni kita percaya mengenai rambut antaranya 3 di bawah ni.

1. Lagi kerap kita potong rambut, lagi cepat rambut tumbuh
Rambut yang normal tumbuh hanya 1.3cm hingga 1.6 cm sebulan. Tak kiralah berapa kerap pun anda menggunting rambut okay?

2. Cabut uban jadikan ubat lebih banyak
Mencabut uban tak akan menjadikan ia banyak cuma tabiat ini akan merosakkan folikel dan menjadikan kepala kita botak.

3. Tidur dengan rambut basah jadikan rambut mudah rosak
Tak ada masalah untuk tidur dalam keadaan rambut yang basah cuma perlu balut rambut yang basah agar tak membasahi bantal.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm