
Reshma Qurashi, 19, wanita yang berasal dari Mumbai, India yang juga merupakan mangsa simbahan asid akan mencipta sejarah untuk dirinya apabila dia bakal membuat penampilan khas di pentas peragaan fesyen New York sempena lawatannya ke sana pada bulan hadapan.
Pada tahun 2014, dia disimbah asid oleh abang iparnya bersama rakan-rakan. Kejadian itu menyebabkan dia kelihatan penglihatan sebelah mata. Lantas, wanita ini bangkit semula dari kesedihan dan terus menempuh cabaran hari yang mendatang.
Dia ditawarkan menjadi duta untuk kempen menghentikan jualan asid secara terbuka serta dia terlibat dalam video petua kecantikan yang disiarkan di saluran YouTube. Syarikat fesyen terkenal, FTL Moda berbesar hati menjemputnya untuk menghadiri dan mengambil bahagian dalam Minggu Fesyen New York. Acara ini menghimpunkan model, pereka fesyen, editor fesyen terkemuka dari seluruh dunia.
Reshma akan berjalan di pentas fesyen New York dengan memperagakan pakaian FTL Moda pada 8 September depan. Dia tidak dapat menahan sebak apabila dimaklumkan oleh kempen amal “Make Love Not Scars” tentang peluang untuk peluang penampilan istimewa di Minggu Fesyen New York.
Menurut kajian statistik yang dijalankan oleh badan amal Acid Survivor Trust International yang berpengkalan di London mengesahkan seramai 500 hingga 1000 orang menjadi mangsa simbahan asid setiap tahun. Kebanyakan mereka dari kalangan wanita dan kanak-kanak.
Sumber dari mStar