
Oleh: Aimi Nordin Sumber: DokterSehat & Summertomato
Pelik dan tertekan kenapa berat badan masih naik sedangkan makan sikit? Di mana silapnya diet tu?
Ramai je mengalami situasi seperti di atas ni sebabnya mereka nak kuruskan badan dengan cara TAK MAKAN. Itu adalah kesalahan pertama yang kita lakukan kalau nak kurus. Dan di bawah ni ada beberapa kesilapan yang lain.
1. Pemilihan makanan yang salah
Pemilihan makanan yang salah tu lah yang menyebabkan berat badan kita naik sedangkan kita makan sikit. Contohnya, kita berlapar tapi hanya makan sepotong kek yang penuh dengan kandungan gula dan kalori yang tinggi.
2. Stress
Walaupun makan sikit tapi disebabkan tertekan ianya mampu menaikkan berat badan. Ini kerana semasa kita stress hormon kortisol akan meningkat dan menyebabkan lemak pada perut bertambah cepat walaupun makan sikit.
3. Kurang Tidur
Tidur yang cukup sangat-sangat penting tau! Kurang tidur boleh menurunkan hormon leptin dan ghrelin iaitu hormon yang mengendali nafsu dalam badan.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm