Sumber: Indiatoday Oleh: Aimi Nordin
Bila salah seorang ahli keluarga kita meninggal dunia, sebagai waris kita mestilah jalankan tanggungjawab untuk melunaskan segala hutang piutang.
Sebuah mahkahmah di Bihar, India terkejut apabila seorang lelaki berusia 8 tahun yang berpakaian compang-camping datang untuk membayar hutang ibunya yang sudah meninggal dunia. Hutang tersebut adalah disebabkan pada tahun 2006 ibunya ada membuat pinjaman daripada State Bank of India untuk mengusahakan perniagaan sebanyak RM 1251.
Dua tahun selepas itu, Anita Devi melahirkan anak iaitu Sudhir Kumar yang kini berusia 8 tahun. Namun, pada 2012 ibunya meninggal dunia dan bapanya menghilangkan diri. Jadi Sudhir dijaga oleh saudara maranya. Baru-baru ini selepas 10 tahun, Sudhir menerima surat dari bank yang meminta hutang tersebut dijelaskan.
Sudhir meminta pertolongan orang kampung dengan mendapat derma sebanyak RM 298. Hakim yang terkejut melihat keadaannya yang sangat naif terus mengarahkan pegawai bank membatalkan hutang berkenaan. Resit juga dikeluarkan menunjukkan hutang tersebut sudah dijelaskan.

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm