
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Mirror.uk
Seorang pengurus syarikat sanggup menulis semula surat perletakkan jawatan yang dihantar oleh pekerjanya Chester Ang kerana tak berpuas hati dengan intipati surat yang ditulis pekerjanya itu.
Chester Ang terkejut apabila mendapat semula surat tersebut yang diolah balik dengan ayat memuji-muji pengurusnya itu. Pengurusnya juga meminta agar Chester Ang menghantar semula surat tersebut kepada pengurusnya. Chester Ang memilih untuk berhenti kerja selepas 2 tahun berkhidmat di syarikat tersebut.
Surat yang diolah pengurusnya itu memuji betapa bagusnya tunjur ajar yang diberikan dan dirinya sebagai mentor.
'' Selepas membacanya, saya letakkan ia di tepi. Dan dia memang menunggu untuk saya memulangkan surat tersebut."
'' Ia masih meja saya pada hari terakhir dan saya mengoyakkan ia sebelum saya meninggalkan pejabat.
'' Saya boleh taip semula surat dengan baik dan berikan pujian jika dia pengurus yang baik. Tetapi segala-galanya adalah sebaliknya jadi saya tidak fikir saya boleh menandatanganinya.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm