
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Malaysian Digest
Mana-mana lelaki mungkin pernah terluka sedikit semasa mencukur wajah dan rambut. Ianya biasa kerana hanya luka kecil. Itulah yang Keith Crowell fikirkan semasa tukang gunting rambut tak sengaja tercederakan lehernya semasa mencukur rambutnya.
Bagaimanapun,12 tahun kemudian, Crowell menghadapi kesukaran selepas luka kecil tersebut nampaknya menjadikan lehernya ditumbuhi ketumbuhan besar yang dipanggil keloid. Walaupun pernah dibuang, namun ia akan tumbuh semula dan menjadi lebih besar.

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm