
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Siakapkeli
Orang lelaki atau perempuan nak badan tegap dan besar atau kita panggil sado mestilah kena bersusah payah kat gym dulu kan baru lah dapat tubuh badan yang kita nak. Tapi berbeza pula dengan lelaki ni bila dia memilih untuk cucuk minyak kat badan dia.
Walaupun suntikan minyak dari injeksi synthol boleh membawa maut kerana ia merupakan otot sado palsu, tapi Valdir Segato, 48 gembira dan teruja kerana impiannya menjadi kenyataan.
"Saya rasa seperti mimpi jadi kenyataan. Kamu lihat badan kamu dan saksikan ia naik, jadi kamu inginkannya lagi", kata Valdir yang menyucuk dirinya sejak 5 tahun lalu.
"Minyak itu biasanya estetik, ia membentuk badan dan membuatkan otot bengkak - ia tidak menjadikan seseorang lebih kuat
"Doktor menyuruh saya berhenti tapi ianya keputusan saya kerana saya mahukan dan sukakannya", kata Valdir yang menyedari minyak itu boleh membunuhnya.



*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm